December 9, 2012

rindu padaNYA...

Bermula dengan rindu kemudian menjadi cinta..ibarat pepatah melayu "dari mata turun ke hati" rindu kita terhadap seseorang kekadang melebihi rindu kita kepada Allah SWT astaghfirullah..banyak kisah benar yang boleh kita jadikan contoh, ada yang sanggup terjun bangunan kerana ditinggalkan kekasihnya..besar sungguh pengorbanan sehingga sanggup membunuh diri hanya kerana mendambakan cinta manusia.

kenapa kita tidak merindukan Allah Swt sebegitu rupa? ingatkah lagi kisah zulaikha yang merindukan Yusuf as. zulaikha sanggup.mengorbankan hartanya demi yusuf as. tetapi setelah dia berkahwin dengan yusuf as,dia lebih suka menjauhi yusuf as dan beriman kepada Allah swt..

Begitu juga kisah Asiah isteri firaun.setelah firaun mengetahui asiah beriman kepada Allah dalam diam lalu diseksanya Asiah dengan berbagai seksaan, tetapi kerana cinta Asiah terhadap Allah swt sangat mendalam lalu Allah menyelamatkan asiah dan mengangkatnya ke syurga.
subahallah ..
Belajarla mencintai Allah swt lebih dari segala kerana sesungguhnya besar pahala dan banyak faedahnya. sentiasala meminta kasih sayang Allah, merayu pada cintaNYA, meminta pertolongan dan.perlindungan daripadaNYA..


0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio